Renungan Bersama
Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah
bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu,
tetiba dia terdengar satu bunyi.. jeng!jeng!jeng! .. bunyi.... aauuummmmm!! !
Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk
menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat
ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah
takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan
daripada dibaham dek harimau tadi. Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah
perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun
terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah
ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di
tengah-tengah perigi. Di mulut perigi, harimau yg lapar tu
menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan
diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir
camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi. Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram
dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah
nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada
harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut. Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar,
tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas
ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu
pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi
seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit!
sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam
mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya.Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek
harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana
nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya,
tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu. Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit,
melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk
ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu
ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap
ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang
menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah Kalau semua nak tahu
... si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau
yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so
beringat-ingatlah.
2 ekor
buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah
jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau
panjang talinya maka pendeklah umur kita.Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita
siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali
tu.
Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut
hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke
dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat
nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah.
Astaghfirullah
No comments:
Post a Comment